Diet Untuk Wanita Sihat Yang Menyusui

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?


Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. 

Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.
 

Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?


Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay). 

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa. 

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu. 


Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda. 

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum


Sila beringat bahawa bahan seperti kafeinalkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan). 

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya(warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut. 

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolikyang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels. 


Dapatkan zat besi yang banyak


Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. 

Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat. 

Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai. 


Bagaimana dengan diet semasa menyusui?


Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda. 

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu. 

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.

SUMBER


Berminat nak sertai keluarga AMAZING kami? Hubungi saya untuk info lanjut dan konsultasi percuma... 

Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe 

TIADA GUNA KEKAYAAN JIKA KITA TAK SIHAT 

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG!


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! ANDA AKAN MENDAPAT KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN DI BAWAH SETELAH ANDA MENDAFTAR DENGAN KAMI: 

~ ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK 
~ ANDA AKAN DIBEKALKAN DENGAN JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN 
~ ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP SOKONGAN TELEGRAM 
~ ANDA AKAN DIBERIKAN KONSULTASI PERCUMA SECARA BERTERUSAN 
~ ANDA AKAN DIBIMBING DAN DIBERI TIPS-TIPS EKSKLUSIF BERKAITAN SET YANG DIBELI

3 Amalan Mudah Untuk Menarik Rezeki


Rezeki, Allah yang pegang.
Minta dengan Dia dulu..
Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup. Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.
Artikel ini bukan bertujuan untuk mengajar pembaca tentang bagaimana mendapat rezeki, tetapi sekadar perkongsian pengalaman lalu penulis yang mungkin boleh sama-sama memberi panduan manfaat.
Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah..

1. Menarik Rezeki Dengan Bersedekah

Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.
Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.
Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?
Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.
Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah. Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.
Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? =)
Lakukanlah sedekah dengan  ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.
Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”
Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?
Jangan mengharapkan balasan
Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.
Allah menyatakan dalam firmanNya;
“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]
Memberikan sesuatu yang berguna
Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang? Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak bernasib baik.
Saya pernah terbaca catatan dari Rumah Pengasih (Saiful Nang) yang menceritakan rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan seluar dalam yang koyak rabak dan dalam keadaan menjijikkan. Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu?
Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

2. Menarik Rezeki dengan Berdoa

Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa  dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.
Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.
“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”

3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha

Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.
Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.
Berminat nak sertai keluarga AMAZING kami? Hubungi saya untuk info lanjut dan konsultasi percuma... 

Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe 

TIADA GUNA KEKAYAAN JIKA KITA TAK SIHAT 


Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG!


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! ANDA AKAN MENDAPAT KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN DI BAWAH SETELAH ANDA MENDAFTAR DENGAN KAMI: 

~ ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK 
~ ANDA AKAN DIBEKALKAN DENGAN JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN 
~ ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP SOKONGAN TELEGRAM 
~ ANDA AKAN DIBERIKAN KONSULTASI PERCUMA SECARA BERTERUSAN 
~ ANDA AKAN DIBIMBING DAN DIBERI TIPS-TIPS EKSKLUSIF BERKAITAN SET YANG DIBELI

Apa Itu Asid Urik?

Alkisahnya saya terjumpa seorang kenalan sekampung... dah kebetulan kami ada sedikit masa, beliau bercerita baru-baru ini beliau sakit dan tak boleh bangun. Katanya habis sakit sendi-sendi. Bila check kat hospital kerajaan, doktor dah ambil contoh darah untuk dibuat kajian. Then, dalam masa tak sampai 24 jam doktor cakap beliau tak mempunyai masalah kesihatan yang serious.

Tetapi sahabat saya ni tak puas hati sebab takut terkena denggi. Beliau buat keputusan untuk buat pemeriksaan di pusat pakar swasta. Doktor bagitau sepatutnya  keputusan ujian darah hanya boleh diketahui seminggu atau dua minggu selepas darah diambil dan dihantar ke makmal.

Jadi, sahabat saya ni teruskan pemeriksaan di pusat pakar swasta dan hasilnya agak mengejutkan kerana doktor memberitahu bahawa yang terjadinya sakit-sakit sendi tu disebabkan oleh TERLEBIH KANDUNGAN ASID URIK. Kalau lah sahabat saya terlewat membuat pemeriksaan, asid tersebut akan effect buah pinggang dan jantung. MashaAllah! Allah menduga sahabat saya... Namun, peringkatnya masih boleh dirawat dan dikawal. Beliau perlu mengulangi pemeriksaan rutin di pusat kesihatan tersebut.

Jom kita tengok apa yang dikatakan ASID URIK ini...

DEFINISI ASID URIK

Kimia[sunting | sunting sumber]

Asid urik adalah sejenis Asid diptorik dengan pKa1=5.4 dan pKa2=10.3.[2] Maka apabila ia bertindak balas dengan alkali kuat pada kadar pH yang tinggi, ia terbentuk ganda dua yang mengecas ion urat secara penuh, tetapi pada pH biologikal atau dalam bentuk asid karbonik atau ion karbonat, ia membentuk cas tunggal hidrogen atau ion asid urat sebagai ia punya pKa2yang lebih besar daripada pKa1 asid karbonik. Sebagai ionisasi kedua ia sangat lemah, garam urat penuh mampu menghidrolis kembali kepada garam hidrogen urat dan bebas bes pada nilai ph dalam lingkungan neutral. Asid urik beraroma kerana fungsi kumpulan purin.

Biologi[sunting | sunting sumber]

Asid Uric dihasilkan oleh xanthine oxidase dari xanthine dan hypoxanthine, dimana ia bertukar dihasilkan dari purin. Asid urik lebih bertoksik kepada tisu berbanding xanthine atau hypoxanthine. Asid urik terhasil dalam keadaan hiposik.[3]
Dalam manusia dan primat tertinggi, asid urik adalah hasilan terakhir oksidasi (pecah urai) dari produk metabolisma purin]] dan ia disingkirkan dalam urin. Dalam kebanyakan mamaliaenzim uricase mengoksidasikan asid urik kepada allantoin.[4]Kehilangan uricase dalam primat tertinggi selari bersamaan dengan kehilangan kemampuan untuk mensintesiskan Asid askorbik.[5] Kedua-dua asid urik dan asid askorbik adalah kuat sebagai ejen penurun (penderma elektron) dan sebagai antioksida yang baik. Dalam manusia, lebih setengah dari kapasiti antioksida dalam plasma darah datang dari asid urik.[6] Anjing Dalmatian mempunyai kecacatan genetik dalam pengambilan asid urik oleh organ hati dan buah pinggang, yang hasilnya membawa kepada penurunan pertukaran kepada allantoin, jadi baka ini hanya membuang asid urik, bukannya allantoin, dalam air kencingnya.[7]
Dalam burung dan reptilia, dan haiwan mamalia padang pasir seperti tikus kangaroo), asid urik adalah produk hasilan terakhir bagi metabolism purin, tetapi ia disingkirkan melalui najisnya dalam bentuk jisim kering. Ini melibatkan laluan metabolism yang kompleks dan rumit. Kesan dari metabolism adalah tinggi kadar tenaga digunakan berbanding proses keatas bahan buangan nitrogen yang lain seperti urea dari kitar urea atau ammonia, tetapi mempunyai kelebihan dalam mengurangkan kehilangan air dalam tubuh.[8]
Dalam manusia, kira-kira 70% dari buangan asid urik berlaku melalui buah pinggang, dan dalam 5-25% manusia didunia mempunyai kegagalan renal (buah pinggang) menjalankan perkumuhan kepada hyperuricemia.[9]

Genetik[sunting | sunting sumber]

Beberapa orang mempunyai keadaan dimana mengalami mutasi protein bertanggungjawab untuk menyingkirkan asid urik dari buah pinggangnya. Sembilan (9) gen setakat ini dikenal pasti: SLC2A9ABCG2SLC17A1SLC22A11SLC22A12SLC16A9GCKRLRRC16A; dan PDZK1.[10][11] SLC2A9 diketahui menyalurkan asid urik dan fruktosa.[9][12]

Perubatan dan kesihatan[sunting | sunting sumber]

Dalam plasma darah manusia, purata nilai rujukan bagi asid urik bagi manusia normal[13] adalah antara 3.6 mg/dL (~214µmol/L) hingga 8.3 mg/dL (~494µmol/L) (1 mg/dL=59.48 µmol/L).[14] Kepekatan asid urik dalam plasma darah samada tinggi atau rendah dari paras normal boleh menyebabkan keadaan dimana disebut hyperuricemia dan hypouricemia. Manakal kepekatan asid urik yang tinggi atau rendah dari aras normal dalam air kencing disebut hyperuricosuria dan hypouricosuria. Ketidaknormalan dalam aras kepekatan asid urik bukan termasuk dalam keadaan perubatan , tetapi ia tetap memberi kesan yang pelbagai kepada masalah kesihatan misalnya kerosakan senyap buah pinggang.

Sumber asid urik[sunting | sunting sumber]

  • Dalam tubuh badan manusia, purin disingkirkan sebagai asid urik. Purin dijumpai tinggi akan nilainya dalam produk makanan berasaskan haiwan, seperti hati dan sardin.[15] Nilai sederhana purin juga terkandung dalam daging lembu, daging babi, daging ayam dan itik, ikan dan makanan laut, selain itu purin juga terkandung dalam tumbuhan makanan seperti asparagus, kubis bunga, bayam, cendawan, kacang hijau, lentil, kacang kering, kekacang, oatmeal, bran gandum dan bijian gandum.[16]
  • Pengambilan secara sederhana bagi makanan yang mempunyai nilai purin tidak berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit gout.[17]

Lain-lain fakta berkaitan asid urik[sunting | sunting sumber]

Kandungan Nitrogen yang tinggi dalam asid urik membuatkan terjadinya guano dimana guano banyak digunakan dalam industri pertanian sebagai baja tanaman.
Asid urik dalam bentuk hablur kristal digunakan sebagai bahan pembias dalam beberapa spesies kelip-kelip.
Asid urik dalam air kencing juga dapat mengeringkan lampin bayi bagi membentuk tepung merah jambu yang tidak membahayakan dan tidak mencederakan bayi.
Urat telah dikaji sebagai bahan antioksida pelbagai guna dalam merawat penyakit Parkinson.[18]

Tapi anda tak perlu risau kerana pihak Shaklee mempunyai suplemen yang bagus untuk membantu pesakit yang mempunyai masalah Asid Urik berlebihan atau pesakit Buah Pinggang. Suplemen yang dimaksudkan adalah VIVIX yang diperbuat daripada buah anggur muskat, polygonum cuspidatum, karot ungu & elderberry eropah.



Walaubagaimanapun, Vivix ini dicadangkan untuk pesakit yang BELUM MENJALANI DIALISIS kerana pesakit yang sudah menjalani dialisis perlu mengawal pengambilan air. Ini kerana apabila kita mengambil sebarang suplemen, kita perlu minum air yang banyak.

Ayuhlah kita jaga kesihatan kita demi untuk insan yang kita sayang... jangan malu-malu untuk hubungi saya...

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat nak sertai keluarga AMAZING kami? Hubungi saya untuk info lanjut dan konsultasi percuma... 

Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe 

TIADA GUNA KEKAYAAN JIKA KITA TAK SIHAT  

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG!


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! ANDA AKAN MENDAPAT KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN DI BAWAH SETELAH ANDA MENDAFTAR DENGAN KAMI: 

~ ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK 
~ ANDA AKAN DIBEKALKAN DENGAN JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN 
~ ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP SOKONGAN TELEGRAM 
~ ANDA AKAN DIBERIKAN KONSULTASI PERCUMA SECARA BERTERUSAN 
~ ANDA AKAN DIBIMBING DAN DIBERI TIPS-TIPS EKSKLUSIF BERKAITAN SET YANG DIBELI

Mengenai Batuk Kering

Assalamualaikum, hmm... tenggelam timbul kan saya ni? Maaflah.. bukannya apa... kesihatan yang tak izinkan saya untuk berpena di alam maya ni... Ya, saya tak sihat... Selsema dan batuk... selsema dah lega tapi batuk ni tak lega-lega lagi.. hampir 2 minggu dah... uuhh... seksanyaa... tapi batuk saya ni batuk biasa.. bukannya batuk kering... cuma kali ni terlintas untuk buat entri mengenai batuk kering.. jom kita baca apa yang disebut atau digelar sebagai BATUK KERING? Bahaya atau tidak?

APA ITU BATUK KERING?

Batuk kering atau penyakit tuberkulosis (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfasistem peredaran(TB miliari), sistem genitourinaritulangsendi dan lain-lain.
Di Malaysia, penyakit Ttibi pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu -Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957. [1] Kini, seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit batuk kering di negara ini pada 2003 iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64 kes bagi setiap 100,000 penduduk menurut lapuran Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.
Gambar besar kulturMycobacterium tuberculosis
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.
WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan sekurang-kurangnya 70 peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam masyarakat dan menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada mereka yang dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak tahun 2002.
Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat dihapuskan di Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang kepada kemunculan semula penyakit ini, antaranya termasuk :-
  • Pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.
  • Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.
Kementerian Kesihatan khususnya bahagian kawalan penyakit berjangkit sentiasa berusaha secara intensif untuk membasmikan semua penyakit berjangkit daripada terus menular di Malaysia.
Mengikut turutan penyakit berjangkit dunia, penyakit tibi berada di tangga ketujuh dan ia tidak pernah berubah sejak tahun 1990.

Sinar X pada paru-paru penderita TBC

Tanda dihidapi penyakit

  • Batuk berdarah atau berkahak.
  • Sakit di bahagian dada.
  • Lemah dan keletihan.
  • Susut berat badan.
  • Kehilangan selera.
  • Menggigil.
  • Demam.
  • Berpeluh waktu malam.

Mereka Mungkin Diserang:

Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:
  • Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
  • Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
  • Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
  • Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
  • Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
  • Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.

Cara Batuk Kering Merebak

Batuk kering merebak melalui udara. Apabila penghidap batuk atau bersin, mereka mengeluarkan bakteria dalam udara akan dihidu orang sekeliling.
Apabila seseorang menghidu bakteria batuk kering, bakteria tersebut akan bertapak di dalam paru-paru dan membesar serta bergerak melalui darah kepada buah pinggang, tulang belakang dan otak.

Sebenarnya kita ada jalan penyelesaian untuk mengelakkan kita dan ahli keluarga daripada terkena virus ini... Sudah semestinya kita kena kuatkan antibodi dengan mengambil suplemen atau makanan kesihatan tambahan. Ini kerana tidak semua makanan yang kita ambil setiap hari mempunyai kandungan khasiat makanan yang mencukupi.

Ini antara cadangan suplemen yang boleh diambil untuk membantu kita mengelakkan terkena virus yang boleh melemahkan tahap kesihatan kita dan keluarga...




MANFAAT NUTRIFERON
  • Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3 hari
  • Melawan Kanser & Tumor
  • Melindungi dari influenza
  • Meringankan stress & kelesuan
  • Melambatkan penuaan
  • Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B&C
  • Mempertingkatkan Menopause
  • Mempertingkakan PMS


2. ESP


PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ini ialah;
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah



Manfaat Meal Shakes Shaklee

  • Nutrisi Lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh - kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
  • Membantu Tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  • Anti-Oksida - mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
  • Mengembalikan Seri Wajah - mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah / kulit yang lebih cantik
  • Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
  • Kelazatan Rasanya - minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

Banyakkan manfaat suplemen Shaklee ni? Janganlah kita rasa sayang nak keluarkan duit untuk kepentingan kesihatan kita sekeluarga... 

Baiklah... rasanya itu saja yang saya nak kongsi buat entri kali ini.. insyaAllah lepas ni muncul entri yang seterusnya.. tunggu ya...


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat nak sertai keluarga AMAZING kami? Hubungi saya untuk info lanjut dan konsultasi percuma... 

Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe 

TIADA GUNA KEKAYAAN JIKA KITA TAK SIHAT  

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG!


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! ANDA AKAN MENDAPAT KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN DI BAWAH SETELAH ANDA MENDAFTAR DENGAN KAMI: 

~ ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK 
~ ANDA AKAN DIBEKALKAN DENGAN JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN 
~ ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP SOKONGAN TELEGRAM 
~ ANDA AKAN DIBERIKAN KONSULTASI PERCUMA SECARA BERTERUSAN 
~ ANDA AKAN DIBIMBING DAN DIBERI TIPS-TIPS EKSKLUSIF BERKAITAN SET YANG DIBELI