Nak Tahu Salah Satu Rahsia Kekal Sihat Tun M?

Assalamualaikum.. tajuk kali agak catchy kan? Ya la.. siapa yang tak nak kekal sihat macam Tun Mahathir atau lebih terkenal dengan nama singkatan Tun M kan? Maklumat kali ni memang cek jumpa kat makcik Google.. Saja tengah buat random search pasal Tun M dan terjumpa link yang menarik perhatian cek.. pastu cek pun nak share la dengan you all semua..

Ni pasal cara atau pun rahsia Tun M mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Kalau kita tengok perwatakan beliau, boleh mengalahkan orang yang lebih muda kerana beliau masih lagi kuat baik dari segi fizikal dan mentaliti walaupun beliau sudah pun berada di dalam usia emas...


Berikut adalah 5 Rahsia Kekal Sihat Cara Tun Mahathir untuk mendapatkan kesihatan yang baik sehingga ke usia emas;


1 - Makan Multivitamin




Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.





2 - Tidak menghisap rokok



Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.

Info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).

3 - Tidak minum arak




Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.

4 - Makan secara bersederhana




Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.

5 - Tidur secara mencukupi




Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).

“Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad



Itulah 5 Rahsia Kekal Sihat Cara Tun Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 pada 1997. 

Credit to: My Vita Health

Entry lepas ni cek akan share pulak mengenai khasiat suplemen ajaib Vitalea... tungguuuuuuu...

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran keahlian, saya sedia membantu.. Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe

No comments:

Post a Comment