KEBURUKAN DAN KESAN SAMPINGAN PRODUK SHAKLEE | YANG SENGAJA DIRAHSIAKAN DARIPADA ANDA !!!

KESAN SAMPINGAN PRODUK SHAKLEE | MASALAH YANG SENGAJA DISEMBUNYIKAN

Sejak kebelakangan ini, produk Shaklee semakin menjadi fenomena kan. Bagi anda yg sudah mencuba mungkin sudah merasainya. Namun bagi yang terfikir-fikir nak cuba ke taknak, meh sini saya nak sedikit rahsia. Rahsia yang anda semua perlu tahu mengenai PRODUK SHAKLEE yg semakin glamor ini. Disebalik kebaikan produk shaklee ini, mesti ada keburukan produk shaklee ini yang disembunyikan bukan? Rasanya tak ramai pengedar sah shaklee yang kongsikan rahsia ini. Jom saya kongsikan hari ini khas buat anda semua....=)





KESAN SAMPINGAN PRODUK SHAKLEE
PRODUK SHAKLEE ADA KEBURUKAN KE??


Masalah Produk Shaklee Yang Anda Tidak Tahu






1. Produk Shaklee Tidak Dikilangkan di Malaysia


Antara persoalan yang selalu ditanyakan pada saya selaku pengedar sah produk shaklee ialah, produk shaklee ini dari mana ya? 

Haaa...jawapannya produk shaklee ini daripada negara Uncle Sam, Amerika Syarikat. Belum ada lagi produk Shaklee yang dikilangkan di Malaysia. Ianya 100% import ya. Timbul pula persoalan kenapa macam tu? Kenapa tak dikilangkan kat Malaysia saja?

Sebab semua produk Shaklee ini dikeluarkan dengan kawalan yang sangat ketat bagi menjamin mutu dan kualiti produk sentiasa terjamin. Bagi Shaklee kualiti dan kepuasan pengguna produk Shaklee adalah sangat penting.

2. Produk Shaklee Tiada Sijil Halal JAKIM


Antara isu yang sering kali dibangkitkan, HALAL ke produk Shaklee ini?

Ya, sebagai seorang muslim semestinya kita perlu mencari supplemen yang halal. Dan alhamdulillah, vitamin Shaklee ini HALAL tau....jangan ragu-ragu lagi yee...=) Lagipun, kebanyakan produk Shaklee adalah dari tumbuhan semulajadi, kecuali Shaklee Kolagen Powder adalah dari sumber haiwan iaitu sisik ikan merah. 

Di Malaysia, JAKIM adalah badan yang mengeluarkan dan memantau status halal sesuatu produk. Namun, oleh kerana produk Shaklee adalah diimport terus daripada US, maka Shaklee mempunyai sijil Halal dari Islamic Service of America (ISA).

Apa itu ISA? ISA adalah badan yang mengeluarkan sijil halal di US. Setiap negara yang mempunyai penduduk beragama Islam akan ada badan yang mengeluarkan status halal sesuatu produk di negara tersebut. Maka di US, badan tersebut dikenali sebagai ISA. ISA adalah badan yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Dan sijil halal dari ISA ini akan diperbaharui setiap tahun tau. Haa...ini dia rupa sijil Halal nya... so boleh makan vitamin Shaklee tanpa was-was ya !!












3. Produk Shaklee Mahal Sangat


Betul ke produk Shaklee ni mahal sangat??

Ini testimoni upline saya sendiri: "Mengikut pengalaman saya sendiri, sebelum berkenalan dengan Shaklee memang biasa mengamalkan supplemen kalsium. Sebab saya memang jenis kurang minum susu. So, kenalah top up dengan kalsium utk penjagaan tulang yang sihat kan...=) Sebelum ni biasa amalkan brand BBB harga untuk stok sebulan dalam RM70 beli dekat farmasi. Selepas berkenalan dengan Shaklee, bertukarlah kepada Shaklee Ostematrix. Harga Ostematrix ni RM61 boleh tahan sebulan. Tapi, bila dah jadi ahli shaklee, boleh dapat lagi murah. So, sebenarnya kalau nak dibandingkan ia tidaklah mahal seperti yang di war-warkan.Harga produk shaklee itu mahal hanyalah gosip dan khabar angin semata-mata =)", Fuzza Nissa.

Dan kalau anda nak tahu, sebotol produk-produk shaklee ini boleh tahan sangat lama tau !! Cuba tgk gambar dibawah ini. Vitamin C Shaklee boleh tahan sehingga 6 bulan.Harga sebotol vitamin c shaklee hanya RM92.50 (untuk dapat benefit lebih, join jadi ahli shaklee terus!) Cuba kira, sebulan anda hanya membelanjakan RM15 sahaja....sangat berbaloi tau!!

PRODUK SHAKLEE MAHAL TAPI TAHAN LAMA
TEMPOH PENGGUNAA VITAMIN SHAKLEE


4. Susah nak beli Produk Shaklee, tidak dijual di farmasi


Untuk pengetahuan semua, produk Shaklee memang tidak dijual di farmasi ya. So, tak perlulah penat2 nak pergi survey kat farmasi. Produk Shaklee hanya boleh didapati di Branch atau dengan Pengedar Sah Shaklee yg comel seperti saya ni...(huhu...perasan jap!) Shaklee hanya ada 7 Branch termasuk HQ nya. (boleh lihat sini). Tapi untuk anda buat belian di Branch Shaklee anda perlu menjadi ahli shaklee terlebih dahulu. So, lebih baik dapatkan daripada pengedar shaklee spt saya sbb servis terbaik akan diberikan. Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak. Ada juga yg pos sampai ke oversea tau spt Singapore, Brunei, Saudi dan lain-lain. Dan yang bestnya konsultasi dan cara pemakanan secara percuma tau !! =)

5. Kenapa Vitamin Shaklee Tiada Silica Gel ?










Biasa nampak tak silica gel ni? Tapi bagi anda pengguna produk Shaklee perasan tak dalam vitamin Shaklee ni tiada Gel Silica ni. Haaa....apa fungsi benda ni eh?? Silica gel ni sebenarnya berfungsi untuk menyerap kelembapan. Vitamin yang ada gel silica didalamnya adalah vitamin sintetik. Oleh kerana vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi, maka tak perlulah nak letak gel silica ni. 

Mana satu pilihan anda? Vitamin sintetik atau vitamin semulajadi ?? Semestinya vitamin semulajadi kan...sebab anda adalah pengguna yang bijak !!



6. Produk Shaklee adalah Produk Yahudi, Haram Umat Islam Join Jadi Ahli Shaklee


Isu Shaklee ini adalah produk Yahudi sudah hangat diperdebatkan. Ada pihak yang menyatakan tidak boleh menyokong produk Shaklee kerana ia adalah keluaran Amerika Syarikat. 

Sebelum itu, jom kita lihat sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Sahih Bukhari ini dan nilailah dari sudut pandangan Islam.








Sekiranya Shaklee ada bukti yang kukuh penyumbang kepada Zionis Yahudi maka Shaklee tatkala itu hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Berkaitan membeli barangan keluaran kafir, ulamak telah bertegas bahawasanya sekiranya barang tersebut adalah HALAL dan tidak mengandungi unsur syubhah maka barang itu boleh dibeli. Bahkan terdapat bukti Nabi Muhammad telah menggunakan produk orang kafir contohnya Nabi Muhammad pernah menggunakan KHUF (sejenis kasut) yang buatannya dari negara Habsah (sekarang dikenali sebagai Ethiopia) yang ketika itu adalah negara kafir. Oleh yang demikian mana-mana produk apabila sudah diperakui status kehalalannya maka ia halal untuk diguna atau dimakan.





7. Produk Shaklee Selalu Habis Stok

Haaa...ini satu lagi masalah jugak. Macam mana nak makan secara konsisten kalau stok vitamin Shaklee ni selalu habiskan?? hehe...kan saya dah citer tadi, sekarang ni fenomena Shaklee terlajak laris sekarang ini. Inilah terjadi pabila permintaan melebihi pengeluaran. Antara produk-produk yang selalu habis stok ialah :
Maka bila ada stok tu, kenalah beli spare stok terus supaya bolehlah amalkan supplemen secara konsisten =)





8. Produk Shaklee Banyak Kesan Sampingan


Ada sesetengah orang yang mula-mula amalkan supplemen Shaklee ni akan merasa beberapa perubahan seperti rasa loya, mual, pening kepala, terasa panas dan mcm2 lagi. Adakah semua ini merbahaya?

Sebenarnya, ia adalah satu proses yang dipanggil Healing Crisis. Haa....apa tu??

Healing Crisis adalah tanda-tanda yang ditunjukkan oleh badan terhadap perubahan untuk menjadi lebih sihat daripada proses penyembuhan secara semulajadi. Ianya berlaku apabila badan membuang toksin dari sistem tubuh disebabkan prosess pembersihan. Healing crisis ini boleh terjadi apabila menukar diet pemakanan, supplement dan treatment. 

Jadi anda tak perlu risau ya, sbb bila ada tanda-tanda healing crisis ni sebenarnya lebih bagus sebab badan anda menunjukkan reaksi dengan vitamin yang diambil dan segala toksin akan dibuang dari badan.

9. Produk Shaklee ada yang Berbau Tidak Best dan Warnanya pun Tidak Cantik




Antara produk Shaklee yang paling berbau tidak best semestinya Shaklee Bcomplex. Baunya memang sangat kuat. Kalau letak dalam laci tu memang bila bukak laci semerbaklah bau B-Complex tu.


Lagi satu, produk shaklee seperti pencuci muka NutriwhiteShampoo Pro Sante dan even sabun pencuci baju Get Clean Shaklee ni memang baunya tak wangi seperti produk lain yg ada dipasaran. Memang kadang2 tu rasa mcm tak pakai sabun pulak kan...=)

Kenapa ye agaknya?

Sebabnya, Shaklee hendak mengekalkan semua produknya adalah semulajadi tanpa tambahan apa2 pewarna dan pewangi. Semuanya adalah bahan semulajadi tanpa bahan kimia tau!! 




KESAN SAMPINGAN DAN MASALAH PRODUK SHAKLEE
PRODUK SHAKLEE TIADA BAHAN KIMIA, 100% SEMULAJADI




10. Shaklee Tidak Memerlukan Duta atau Selebriti untuk Mempromosikan Produknya


Biasakan anda lihat selebriti atau orang-orang terkenal menjadi duta sesuatu produk dan mereka akan membantu bersama-sama untuk mempromosikan produk itu. Namun ia tidak terjadi untuk produk Shaklee ini. Walaupun sebenarnya banyak selebriti terkenal dalam dan luar negara mempercayai dan menggunakan produk Shaklee seperti Tun Mahathir, Rita Rudani, Ashraf Muslim, Jennifer Lopez, Tiger Woods dan Oprah Winfrey namun mereka bukanlah duta yang dilantik.

Nak tahu kenapa?? Adakah sebab Shaklee tiada duit nak bayar mereka?? heheh...takkanlahh kan. Setiap bulan untung juta-juta nak amik duta pun takde duit kann??

Sebenarnya, Shaklee memang mahukan kita yang biasa-biasa ini yang berkongsi kehebatan produk Shaklee selepas menggunakannya sendiri. Bagi mereka apabila orang-orang biasa ini mencuba sendiri, dan berkongsi cerita kepada keluarga dan kawan-kawan itu adalah lebih mempengaruhi daripada iklan yang dibelanjakan berjuta-juta. Kerana Shaklee sememangnya sudah kukuh dengan produknya yang Selamat, Berkesan dan Terbukti lebih 50 tahun ini....


Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh hubungi saya ya...jangan segan silu =)


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan nak tahu cara nak beli? Hubungi saya untuk info lanjut... 
Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe

Assalamualaikum....




 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Apabila melalui alam perkahwinan, semua pasangan mengimpikan kehadiran cahaya mata bagi mengeratkan dan menceriakan rumahtangga mereka. Namun ada ramai pasangan yang telah berkahwin lebih dari 2 tahun ke atas, tidak begitu bertuah untuk memiliki anak dari darah daging mereka sendiri. Alhamdulillah...... syukur kepada Allah SWT kepada pasangan yang berjaya memiliki anak2 yg comel dan sihat. Didik dan jagalah mereka dengan baik.


Adakalanya wanita mengalami masalah hormon yang tidak seimbang atau mempunyai lebih hormon lelaki. Salah satu masalah wanita adalah ketidakstabilan hormon yang membawa kepada masalah sukar untuk hamil. Wanita biasanya memerlukan empat hormon penting bagi kitaran haid yang berlaku setiap bulan. Pergerakan dan keseimbangan keempat-empat jenis hormon ini membuatkan seseorang wanita datang haid. Jadi di atas sebab-sebab tertentu, hormon wanita menjadi tidak stabil menyebabkan pengeluaran telur menjadi kurang. 


Sistem kesuburan wanita disebabkan banyak punca, misalnya organ ovari yang besarnya hanya 2.5 hingga 3 cm mempunyai fungsi yang besar seakan-akan testis bagi lelaki. Kekurangan hormon wanita menyebabkan wanita ditumbuhi bulu-bulu halus di wajah seperti misai. Hormon wanita yang seimbang amat penting dalam menyerlahkan ciri-ciri kewanitaan.



4 hormon yang terlibat dalam kesuburan wanita.

  • FSH  - bertindak ke atas ovari bagi membantu telur membesar
  • LH   -  membantu memecahkan telur menjadi ova dan bergerak ke tiub Fallopia utk persenyawaan.
  • Estrogen  -  menyediakan tempat selesa dan sesuai utk telur membesar
  • Progesteron   -  menyokong janin agar dapat membesar dgn baik
FSH dan LH dirembeskan dari kelenjar pituitari di otak untuk bertindak ke atas ovari. Manakala estrogen dan progesteron pula dikeluarkan dari ovari dan kelenjar adrenal di puncak buah pinggang. Antara sebab empat hormon utama tidak seimbang adalah pemakanan tidak teratur atau produk kesihatan tidak sesuai menyebabkan hormon lelaki semakin tinggi dan hormon wanita berkurangan.Ini akan menyebabkan SIndrom Polisistik Ovari atau Polycstic Ovarian Syndrome (PCOS). Biasanya setiap bulan satu telur membesar dengan bantuan hormon FSH dan pada masa yang sama, rahim tidak mengeluarkan hormon tetapi mendapat arahan daripada ovari. Organ rahim menerima arahan ovari dan menyediakan tempat selesa dan sesuai seakan tilam yang diuruskan oleh hormon estrogen.
Apabila telur membesar sehingga 2cm, LH akan membantu memecahkan telur menjadi ova dan bergerak ke tiub Fallopia di mana persenyawaan berlaku. Selepas persenyawaan secara semulajadi berjaya, ia akan bergerak dan menetap di tilam rahim", Kata Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran

Sementara itu hormon progesteron akan menyokong janin agar dapat membesar dengan baik. 

Punca hormon lelaki meningkat pada wanita
  1. Pemakanan
  2. gaya hidup
  3. usia hamil yg meningkat
  4. penyakit seperti diabetes yg menyebabkan hormon lelaki meningkat lebih drpd biasa
Bila salah salah satu hormon terganggu ini akan menyebabkan wanita sukar hamil dan mudah mengalami keguguran. Bagaimanapun terdapat beberapa hormon lain yang boleh memberikan kesan kepada kesuburan"-
  1. Hormon tiroid yang tidak stabil boleh menyebabkan hormon FSH/LH tidak stabil.
  2. Hormon insulin yang dikeluarkan oleh pankreas bertugas menghadamkan gula dalam darah. Diabetes akan menyebabkan pengeluaran insulin rendah dan gula tidak dapat dihadamkan tetapi masuk ke dalam aliran darah dan bukan ke organ yang memerlukan. Ini memberikan kesan buruk kepada fungsi ovari.
  3. Hormon prolaktin biasanya dirembeskan dari kelenjar pituitari berfungsi untuk mengeluarkan susu ibu. Apabila ibu sedang menysusu, paras prolaktin adalah tinggi dan mereka biasanya tidak di datangi haid. Wanita dengan prolaktin tinggi akan menyebabkan pusingan haid menjadi kacau bilau. Tempoh pusingan haid normal bagi seorang wanita adalah 24 hingga 35 hari.
  4. Obesiti juga boleh menyebabkan hormon tidak stabil maka wanita perlu mempunyai berat badan yang ideal.
  5. Stress atau tekanan biasanya akan menyebabkan pengaliran darah semakin laju dan jantung berdegup kencang. Ketika stress darah akan mengalir ke organ penting seperti otak dan jantung. Darah akan kurang mengalir ke organ lain seperti ovari.
Rawatan:
Kebiasaannya pesakit akan di diagnosis mengenai sejarah kesihatan, menjalani pemeriksaan hormon dalam darah dan ujian ultrasound. Jika persenyawaan semulajadi tidak berjaya terdapat kaedah alternatif seperti:

IUI adalah satu kaedah di mana benih suami yang telah dibersihkan/diproses disuntik ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri sedang subur.

ICSI di mana ia dapat mengatasi masalah sperma atau kadar persenyawaan lemah. Kaedah in hanya memerlukan satu sperma untuk disuntik ke dalam ovum dan persenyawaan berlaku secara manual.

IVF di mana telur disenyawakan dengan sperma secara manual dalam tabung uji makmal. Embrio yang terhasil akan dimasukkan ke dalam rahim melalui tiub dan dapat membantu wanita yang mempunyai masalah tiub fallopia.





Sesuai dengan impian anda untuk mempunyai zuriat sendiri, Shaklee mempunyai suplemen yang boleh membantu anda meningkatkan tahap hormon iaitu GLA Complex yang mempunyai khasiat dan fungsi bagi membantu anda memiliki impian anda.

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan nak tahu cara nak beli? Hubungi saya untuk info lanjut dan konsultasi percuma... 
Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe

Hamil Dengan GLA Penantian 2 Tahun

Sungguh hot set kesuburan shaklee akhir-akhir ini. Saya baru mendapat perkhabaran gembira dari seorang customer. Berita gembira yang beliau hamil dikongsi saat hari lahirnya semalam. Alhamdulillah, seorang lagi bakal ibu akan menunggu kelahiran. Bangun pagi terus dapat mesage ni:



cepat hamil gla complex

Kisahnya beliau mengambil GLA Complex dari saya bulan Jun yang lepas. Masa tu pun kebetulan sebenarnya. Kawannya yang share info dari sharing saya dekat wall fb. Tak sangka beliau berminat dan terus sms nak datang ambil kat rumah. Berbaloi lah beliau membayar tol datang ambil GLA Complex tersebut.

Bukan sesuatu yang biasa jika menunggu sudah 2 tahun. Siapa yang tidak inginkan cahayamata. Ramai yang berkeinginan begitu, cuma mungkin rezeki belum berpihak. Dan kita wajib berusaha bukan menunggu bila Dia nak bagi kan. Pengambilan GLA Complex ini juga adalah salah satu usaha. Saya sangat gembira bagi pihaknya. Tuan badan sendiri apatah lagi kan.


BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU KEHAMILAN?


"Dari segi kesuburan ia membantu mengimbangkan ketidakstabilan hormon. Ada sesetengah mereka yang belum berjaya menimang cahayamata adalah kerana hormon yang tidak stabil. Bila hormon tidak stabil maka akan sukarlah mereka mengira hari subur kerana period yang datang tidak menentu. Dengan meyeimbangkan balik hormon mereka harapan untuk mendapatkan cahayamata semakin cerah.

Ia juga bantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Yang berkualiti tau! "

Ramai yang dah cuba, dan harganya juga berbaloi-baloi, mampu milik. Adakah harga yang menjadi ukuran untuk membayar harga seorang zuriat? Moga lepas ni ramai lagi yang berjaya hamil. 

Ingin dapatkan tips-tips untuk menambah kesuburan? Klik sini:


sumber


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan nak tahu cara nak beli? Hubungi saya untuk info lanjut dan konsultasi percuma... 
Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe

COQ Health Shaklee


Kanser dan coQ10

Semakin  umur kita bertambah, coQ10 dalam badan akan semakin berkurangan. Sebenarnya ia akan  semakin berkurangan sejak umur kita 20 an. Kebanyakkan orang yang berumur 50 tahun ke atas berfungsi dengan aras  coQ10  yang amat rendah.


Apakah coQ10?

Sel badan yang sihat memenuhi keperluan tenaga melalui proses phosphorylation ATAU dengan menggunakan oksigen…. Kita kan bernafas  dengan menyedut oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida,,, jadi oksigen yang kita gunakan tu digunakan oleh sel badan yang sihat untuk menghasilkan tenaga. Jadi coQ10 bertanggungjawab untuk memastikan proses itu berjalan lancar TETAPI,,, badan kita unik,,,, apa yang berlaku jika KURANG OKSIGEN?

Jika kurang oksigen, sel badan kita TUKAR JALAN  lain untuk mendapat kan tenaga, kita akan  mendapatkan tenaga dengan membakar  gula atau proses glucolysis. OK KER?

TAK OK!!!!! Kalau badan kerap menggunakan  gula untuk mendapatkan tenaga, sel badan kita akan keliru.. bila sel keliru, sel tidak akan berfungsi dengan baik menyebabkan perubahan genetic  dan seterusnya  menjadi SEL KANSER!!!!! (Otto Warburg, M.D., Ph.D.,)

TAK TAKUT KER???? SEKARANG KANSER TAK DER EARLY WARNING TAU TAK? BILA DAH SEDAR, DAH MASUK STAGE 4 DAN KANSER TAK ADA STAGE 5

Professor Brian Peskin membuat penemuan hebat yang mana orang yang berumur 30 KE ATAS perlu mengambil coQ10 KALAU:
  • ada masalah kekurangan tenaga (letih, lesu, lepas sidai baju tidur separuh hari)
  • JANTUNG - orang yang mempunyai masalah jantung perlu mengambil coQ10
  • Penemuan terbaru Prof Brian ialah peranan coQ10  melindungi saraf dalam pesakit Parkinson’s, Hungtington’s, Alzheimer’s, Freidreich’s ataxia  dan Lou Gehrig’s Disease)
  • coQ10 juga berperanan untuk melindungi kulit dari kerosakan dan banyak digunakan dalam kosmetik untuk hilangkan kedutan.
  • orang yang mengambil STATINS (ubat mengurangkan kolesterol)
  • wanita yang mengambil PIL PERANCANG KELUARGA kerana pil dipercayai boleh blok penghasilan coQ10


Jadi, untuk membantu anda yang mempunyai masalah seperti di atas Shaklee menyarankan anda untuk mengambil suplemen COQ Health demi penjagaan kesihatan anda.



- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan nak tahu cara nak beli? Hubungi saya untuk info lanjut dan konsultasi percuma... 
Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe

Keperluan DHA Pada Kanak-kanak (ADA DALAM OMEGA GUARD)

RAMAI YANG MUNGKIN TIDAK PERASAAN DALAM OMEGA GUARD JUGA MENGANDUNGI DHA SEBANYAK 120MG.

Apa Itu DHA  

DHA atau Asid docosahexaenoic adalah sejenis rantaian panjang asid lemak Omega-3. Ia merangkumi kira-kira 97% dan 93% daripada semua asid lemak Omega-3 dalam otak dan mata. 

Keperluan Harian DHA

Menurut kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA), keperluan DHA kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 2 tahun ialah 100 miligram.


Kepentingan DHA

DHA penting untuk perkembangan otak.
- DHA yang secukupnya diperlukan dalam diet kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak adalah optimum.

DHA merupakan ramuan utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron, yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung. 
- Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang pintar. 

DHA memperbaiki tumpuan kanak-kanak, sikap dan fungsi kognitif serta kadar pembelajaran.
- kanak-kanak akan lebih fokus serta memberi tumpuan sama ada ketika bermain atau belajar. 

Sumber DHA

DHA boleh diperolehi secara semula dalam makanan seperti ikan salmon, tuna dan ikan daripada perairan laut dalam serta minyak kanola.


* Jumlah pengambilan DHA oleh ibu hamil akan mempengaruhi perkembangan otak anak. 
* Anak-anak juga memerlukan DHA secara terus kerana tubuh kanak-kanak tidak mampu untuk memproses DHA dengan sempurna sekali gus akan timbul masalah kekurangan DHA bagi perkembangan otak. 

Oleh yang demikian, ibu hamil dan kanak-kanak AMAT DIGALAKKAN untuk mengambil Omega Guard Shaklee yang sememangnya mengandungi minyak ikan terbaik di dunia.



- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan nak tahu cara nak beli? Hubungi saya untuk info lanjut dan konsultasi percuma... 
Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe

Apa Itu OMEGA GUARD?


OMEGA GUARD SHAKLEE = MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA

Anda ingin tahu bagaimana ianya dihasilkan? Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh; 7 asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan DHA. Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tueln danpaling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan bahaya seperti plumbum merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl) - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.

FUNGSI OMEGA GUARD SHAKLEE

# Asid Lemak - omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropaus. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

# Mencegah penyakit saluran darah dan strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infraction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

# Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya ada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

# Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

# Menentang kanser - kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

# Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) - Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah rthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

# Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan - kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (playing cards) sebanyak dua kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.


Kenapa Ikan Laut Air Dalam?

Penyelidikan engenai ikan air laut sejuk menunjukkan: ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kuit dengan berkesan.


Sendawa Bau Hanyir Ikan?

Hanya sebahagian kecil yang sendawa bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan, disarankan untuk mengambil minyak ikan sebelum makan atau BILA PERUT KOSONG.

Siapakah yang patut ambil minyak ikan?

Minyak ikan melincirkan saluran darah dan berkemampuan untuk mencarkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan yang hamil yang sudah hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan nak tahu cara nak beli? Hubungi saya untuk info lanjut dan konsultasi percuma... 

Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe