Langkawi Serba Asli

Assalamualaikum, apa perancangan anda musim cuti sekolah ni? Hmm.. saya tengok ramai kawan2 saya mengambil peluang utk bawak family bercuti kat luar negara.... seronok tengok... mesti best kan bila boleh tengok tempat orang...

Tapi bila fikir balik saya untung sebab dilahirkan di Pulau Langkawi.. ya la.. pulau bebas cukai. Dulu tak dak sapa pun yang teringin nak mai Langkawi. Malah tak kenal pun Langkawi ni. Ya la... bukannya ada apa sangat pun... hanya sebuah pulau... ok.. jom kita baca sejarah LANGKAWI.

SEJARAH LANGKAWI


Menurut sejarah Pulau Langkawi berasal daripada singkatan perkataan Lang iaitu sejenis burung dan dikaitkan dengan sejenis batu lama bernama kawi yang terdapat di Langkawi. Hasil dari gabungan kedua-dua perkataan ini telah membentuk perkataan Langkawi.
Pulau Langkawi sudah lama terkenal di kalangan ahli-ahli pelayaran dan perniagaan dari barat dan timur sejak abad ke 15 lagi sebagai sebuah pulau yang banyak mengeluarkan hasil rempah dan lada hitam yang sangat diperlukan oleh negara barat.

Laksamana Cheng Ho seorang ahli pelayaran Cina yang termashyur ada mencatatkan Pulau Langkawi di dalam peta pelayarannya ke Melaka dalam tahun 1405 sebagai Pulau Long~ya~kioo~yi. Menurut lagenda daripada seorang General Peranchis yang bernama Augustin De Beaulien dalam buku catatan pelayarannya bahawa dalam tahun 1621 beliau hendak belayar ke Queda (Kedah) tetapi oleh kerana arus terlalu deras, maka beliau terpaksa pergi ke Pulau Lanacui (Langkawi) untuk membeli lada dan berniaga di Langkawi.

Menurut sejarah pada kurun Masehi ke 17, pulau ini telah mengalami kemerosotan apabila Langkawi di sumpah oleh Mahsuri bahawa pulau ini tidak akan maju selama tujuh keturunan. Sejak daripada peristiwa tersebut Langkawi terus mundur dan tidak dikenali lagi.
Peristiwa sejarah menyayat hati tersebut dikenali sebagai Lagenda Mahsuri di mana Mahsuri telah dihukum bunuh kerana dituduh bermukah dan terjadilah sumpahan akibat hukuman tersebut. Peristiwa ini berlaku 200 tahun yang lalu apabila Ketua kampung Pulau Langkawi iaitu Datuk Seri Kerma Jaya ingin mengahwini Mahsuri, anak kacukan Siam yang jelita sebagai isteri keduanya. Hasratnya mendapat tentangan daripada isterinya yang bernama Mahura. Akhirnya Mahsuri dikahwinkan dengan anak Ketua kampung yang tinggal di Kampung Mawat bernama Mat Deris. Mahsuri dituduh bermain kayu tiga dengan Deramang semasa suaminya ke medan perang. Mahura yang memang dengkikan Mahsuri telah menabur fitnah mengatakan kecurangannya hinggalah Mahsuri dihukum bunuh. Setelah dilontarkan lembing maka keluarlah darah putih dan berlakulah sumpahan ke atas pulau tersebut iaitu Langkawi tidak akan maju selama tujuh generasi. Selepas peristiwa tersebut, Langkawi diserang oleh tentera Siam hingga menjadi padang jarak padang terkukur. Makam Mahsuri yang tidak bersalah itu masih kekal hingga kini.

Kini tempoh sumpahan tersebut telah pun berakhir dan Pulau Langkawi muncul semula dengan membawa beberapa kemajuan dan pembangunan yang pesat. Pulau Lagenda ini telah berjaya menarik ramai pelancong yang datang dari dalam dan luar negara untuk menikmati keindahan semulajadi dan melawat tempat-tempat bersejarah.



Lapangan Terbang Langkawi

Lapangan Terbang Langkawi


Terminal Feri Kuah

Itu gambar-gambar Langkawi pada zaman sebelum pembangunan. Namun, dengan tertubuhnya Lembaga Pembangunan Langkawi(LADA) pada tahun 1992 aktiviti pembangunan di pulau ini berjalan dengan rancak dan Langkawi mula berkembang pesat sehinggalah muncul sebagai salah sebuah pulau terkenal di dunia. Siapa sangka... sebuah pulau yang dulunya macam padang jarak padang tekukur kini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Especially yang nak bershopping pinggan mangkuk, rokok, minyak gamat dan sebagainya.

GAMAT IKON LANGKAWI


Gamat

Secara tradisional, Gamat digunakan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin, sebagai minuman tonik untuk mengembalikan tenaga, dijadikan minyak urut untuk meredakan sakit sendi dan otot malah turut diaplikasikan pada gigitan serangga untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Namun begitu, terdapat lagi individu yang masih keliru membezakan antara Gamat dan Timun Laut. Gamat merupakan famili Timun Laut di mana 9 spesies daripada 49 spesies Timun Laut telahpun dikenalpasti di perairan Malaysia. Menariknya, paling istimewa dan bernilai dari sudut perubatan iaitu “Gamat Emas” adalah dari spesies Stichopus horrens Selenka melalui kajian DNA oleh Kamarul, Ridzwan dan Gires pada tahun 2010 (dahulunya dikenali sebagai Stichopus hermanii).

Gamat berbentuk silinder dengan leper pada bahagian dorso-ventral, tanpa tulang belakang dan mempunyai bukaan pada bahagian hadapan dan belakang. Terdapat beberapa mekanisma pembiakan bagi gamat iaitu secara seksual, atau aseksual (pembelahan badan) dan autotomi (penyerpihan kulit badannya). 

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI
Dataran Helang


Langkawi Sky Cab


Underwater World Langkawi


Taman Buaya Langkawi

Kilim Karst Geoforest Park


Pulau Dayang Bunting

Banyak lagi lah tempat-tempat menarik di pulau ni.


ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI DI LANGKAWI

Para Sailing


Banana Fun Boat


Snorkeling


Jet Skiing


ATV Fun Ride



Eagle Feeding


Haa.. boleh kata kalau mai Langkawi ni tak best la kalau stay semalam saja.. Sebab memang banyak aktiviti kat sini... Rugi lah kalau mai Langkawi sekadar nak berehat.. 


Tak pa.. kalau berminat leh je berhubung dengan saya... homestay pun kami ada untuk tempahan... :)

Chenang Purplish Room d' Langkawi (utk 2 orang)


Bunga Homestay, Pantai Chenang



Hubungi saya untuk info lanjut 
Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 

Page: https://www.facebook.com/yanieroses 

No comments:

Post a Comment