Sakit Sendi @ Artritis

BUKAN hanya mereka yang berusia berisiko menghadapi masalah tulang seperti osteoartritis dan osteoporosis.  

Di seluruh dunia, berjuta orang mengalami masalah tulang dan sendi. Masalah seperti artritis dan osteoporosis memberi kesan yang besar terhadap mutu kehidupan seseorang. Lebih separuh penghidap penyakit sendi kronik adalah di kalangan warga tua. 

Perkataan "artritis" bermaksud "radang sendi" iaitu sendi yang sakit, terasa bisa bila disentuh, mungkin kemerahan, membengkak yang dikaitkan dengan kehilangan fungsi. "Osteo" ialah perkataan Greek untuk "tulang". Terdapat lebih daripada 100 masalah yang berkaitan dengan sendi dan tulang penyambung, otot dan tisu. Penyakit ini dikelaskan dalam pelbagai jenis artritis, sama ada terdapat radang, jangkitan atau pendarahan.

Osteoartritis (OA) dikenali sebagai penyakit "degeneratif" (penyakit yang berkaitan dengan peningkatan usia) kerana ia disebabkan oleh haus dan lusuh dalam jangka masa yang lama. Kesannya sangat ketara. OA terjadi apabila rawan (tisu lembut) yang melapisi hujung tulang mula terhakis. Ini boleh berlaku apabila :

- Haus dan lusuh berlaku apabila usia semakin meningkat

- Kecederaan atau kerosakan pada sendi disebabkan oleh trauma atau jangkitan

- Rawan yang terkena penyakit lain atau lemah secara genetik

Apabila sistem lapisan pada sendi hilang, tulang akan bergeser antara satu sama lain dan menyebabkan kesakitan. Sendi akan mula berasa kaku dan pergerakan akan menjadi lemah. 



Sokongan Nutrisi untuk Osteoatritis

Glukosamina dan kondroitin
 merupakan komponen semula jadi dalam tisu sendi yang sihat. Tugasnya ialah untuk membekalkan bahan mentah semula jadi yang diperlukan oleh rawan untuk memperbaiki dan membina semula dirinya dan menentang enzim semula jadi yang merosakkan rawan.

- Glukosamina merupakan perintis bagi molekul yang dikenali sebagai glikosaminoglikan. Molekul ini digunakan dalam pembentukan dan pembaikpulih rawan. Tidak seperti ubat NSAIDS dan aspirin, glukosamina bukan sahaja menghilangkan kesakitan tetapi juga membantu membina semula rawan.

- Kondroitin merupakan glikosaminoglikan yang paling banyak dijumpai dalam rawan dan bertanggungjawab untuk memastikan ketahanan rawan. Ia bertindak seperti 'daya penarik air'. Keupayaan kondroitin ini memberi keanjalan kepada rawan dan bertindak sebagai 'penyerap hentakan'. Kajian menunjukkan keberkesanannya meningkat sebanyak 24 peratus apabila rawatan digabungkan dengan Glukosamina Sulfat.

- Mengambil suplemen Glukosamina dan Kondroitin dapat membantu membina dan membaiki rawan, memperlahankan perkembangan OA, melincirkan sendi-sendi, mengurangkan kesakitan sendi-sendi dan kekakuan dan meningkatkan keselesaan pergerakan.

Sejak akhir-akhir ini, suplemen Glukosamina dan Kondroitin telah menarik minat orang ramai di Amerika Syarikat (AS) sehinggakan pihak berkuasa AS telah menjalankan kajian klinikal terbesar ke atas glukosamina dan kondroitin untuk menguji keberkesanannya. Keterangan terperinci mengenai ujian GAIT telah disiarkan dalam New England Medical Journal pada 23 Februari 2006. 

Ujian GAIT

Ujian GAIT disifatkan sebagai 'ujian paling ketat dan rapi sehingga kini' dalam menilai keberkesanan Glukosamina dan Kondroitin terhadap sakit lutut yang berkaitan dengan Osteoatritis (OA). Ujian GAIT telah membuktikan bahawa gabungan dua suplemen ini (Glukosamina dan Kondroitin) adalah lebih berkesan untuk merawat sakit lutut OA peringkat sederhana sehingga teruk berbanding Celecoxib, sejenis perencat COX-2 (ubat anti inflamasi). 

Pencegahan osteoporosis

Osteoporosis ialah keadaan kekurangan khasiat dikenali 'tulang rapuh'. Keadaan ini berlaku, terutamanya pada tulang belakang, pergelangan tangan dan pinggul yang menjadi nipis, lemah dan mudah retak.

Tulang sebenarnya adalah tisu hidup dan selalunya mempunyai tindak balas biokimia di mana ia bergantung kepada nutrien mikro dan sistem enzim yang berbeza-beza. Seperti mana tisu hidup lain, tulang memerlukan pelbagai bekalan khasiat.

Pemakanan moden kini seperti roti putih, gula putih dan lemak yang tinggi adalah tersangat kurang khasiatnya untuk tulang. Pengambilan daging dan air berkarbonat yang banyak pula menyumbang kepada menurunnya penyerapan kalsium oleh badan. Kekurangan pengambilan khasiat yang diperlukan tulang boleh menyumbang kepada osteoporosis.

Sekiranya osteoporosis tidak dicegah atau dibiarkan tanpa rawatan, ia akan berkembang perlahan-lahan tanpa berasa sakit sehinggalah ada tulang yang mengalami keretakan atau patah.

Mustahaknya mengambil suplemen kalsium telah lama diakui dalam penjagaan kesihatan tulang. Meskipun kalsium begitu penting, didapati hanya 25 peratus wanita AS yang menghidap osteoporosis mengalami kekurangan kalsium. Bukti baru ini dengan jelas menunjukkan vitamin D, magnesium, kuprum, zink, boron dan mangan juga penting untuk mewujudkan tulang yang kuat dan sihat.

Semua nutrien ini hendaklah diambil bersama untuk mendapatkan metabolisme tulang yang optimum. Malah, kekurangan hanya satu nutrien tersebut boleh mengakibatkan tulang menjadi lemah dan membawa kepada penyakit osteoporosis. Lelaki dan wanita seharusnya mengambil suplemen kalsium antara 800 hingga 1,500 miligram (mg) sehari bersama dengan makanan untuk penyerapan yang optimum. 

Selain kalsium

- Vitamin D membantu badan menyerap kalsium. Paras vitamin D yang rendah adalah perkara biasa bagi wanita terutama yang sudah berusia. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan kekurangan kalsium dan akan menyebabkan tulang menjadi lembut (osteomalacia). Pakar mengesyorkan pengambilan harian vitamin D antara 400 dan 800 unit antarabangsa (IU).

- Magnesium perlu untuk pemeliharaan dan penggerakan kalsium dalam tulang dan diperlukan untuk penggunaan vitamin D. Kekurangan magnesium sudah menjadi perkara biasa dan merupakan faktor risiko utama bagi osteoporosis. U.S. RDA untuk magnesium ialah 400 mg setiap hari. (U.S. RDA yang disebut di sini ialah untuk orang dewasa, kecuali wanita hamil, ibu-ibu menyusu dan kanak-kanak yang berumur lebih empat tahun).

- Mangan merupakan mineral surih diperlukan untuk menghasilkan tisu-tisu sambungan yang membentuk matriks tulang, tempat pengumpulan mineral berlaku. Pengambilan harian yang disyorkan untuk mangan ialah 2 mg.

- Boron diperlukan untuk menukar vitamin D kepada bentuk aktif; ini menerangkan mengapa kekurangan boron akan menjejaskan metabolisme kalsium dan pembentukan tulang. Boron mengurangkan penyusutan kalsium dari tulang. Walaupun tidak ada RDA rasmi bagi boron, dosej harian yang mengandungi 1.5 hingga 3.0 mg adalah selamat dan mencukupi.

- Zink menyokong pembentukan tulang dengan memperkuatkan tindakan vitamin D. Zink membantu mengekalkan struktur tulang-temulang dan ia juga terbabit dalam pembinaan tulang.

- Kekurangan kuprum mungkin akan menyebabkan pengumpulan tulang yang tidak normal. Kuprum membantu membentuk blok-blok binaan untuk tulang-tulang. 


Panduan Membeli Suplemen

















Khasiat Omega Guard

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuard™ merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuard™ menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

Khasiat Advanced Joint Health Tablet

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Khasiat Ostematrix

OsteMatrix™ membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

sumber

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat nak sertai keluarga AMAZING kami? Hubungi saya untuk info lanjut dan konsultasi percuma... 
Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/yanieroses 

TIADA GUNA KEKAYAAN JIKA KITA TAK SIHAT 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! ANDA AKAN MENDAPAT KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN DI BAWAH SETELAH ANDA MENDAFTAR DENGAN KAMI: 
~ ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK 
~ ANDA AKAN DIBEKALKAN DENGAN JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN 
~ ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP SOKONGAN TELEGRAM 
~ ANDA AKAN DIBERIKAN KONSULTASI PERCUMA SECARA BERTERUSAN 
~ ANDA AKAN DIBIMBING DAN DIBERI TIPS-TIPS EKSKLUSIF BERKAITAN SET YANG DIBELI

No comments:

Post a Comment