Masalah kedatangan haid selepas bersalin sering menjadi tanda tanya kebanyakan ibu. Ada yang bimbang apabila masih belum datang bulan walaupun sudah hampir setahun melahirkan anak. Bahkan ada yang sampai mengambil beberapa jenis ubat bagi membolehkan haid datang seperti biasa.
Sebagai wanita yang sudah melahirkan anak, anda perlu memahami bagaimana proses perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh badan wanita sebelum dan selepas melahirkan anak. Tempoh keluar darah nifas akan berakhir lebih kurang 40 – 60 hari setelah melahirkan anak.
Berakhirnya tempoh nifas menandakan keadaan organ pembiakan seseorang wanita itu telah pulih. Sebaik darah nifas berhenti, biasanya putaran haid ibu akan kembali normal di mana haid datang kira-kira sebulan setelah darah nifas berhenti.
Bagaimanapun ada sesetengah ibu mengalami kelewatan haid, ada kalanya sehingga bayi berusia enam bulan bahkan ada yang sampai 12 bulan. Keadaan ini biasanya lebih diakibatkan oleh keadaan hormon ibu. Ibu yang menyusu bayi secara eksklusif sering kali tidak mengalami haid sehingga bayi mengambil makanan pejal lain.
Ini terjadi kerana selama ibu menyusukan bayi, badan ibu menghasilakn hormon prolaktin yang mengakibatkan tidak terjadinya ovulasi atau haid. Walau bagaimanapun, ada juga ibu yang mengalami masalah kelewatan walaupun tidak menyusu bayi mereka secara eksklusif kerana kandungan hormon prolaktin ibu yang tinggi.
Ada kajian menunjukkan 10 – 30% wanita mengalami peningkatan kadar prolaktin yang terus-menerus meskipun darah nifas sudah berhenti. Ini mengakibatkan ibu tidak mengalami haid. Gangguan ini disebut hiperprolaktinemia.
Anda tak perlu risau kerana Shaklee ada suplemen khas untuk masalah haid tak menentu atau Imbalance Hormone, iaitu GLA Complex.
- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. -
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran keahlian, saya sedia membantu..
Email: wnyshoppe@gmail.com
H/P no: 019 4166909
ID Shaklee: 931108
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe
No comments:
Post a Comment