Cara Untuk Meningkatkan tahap Kesuburan

Hamil tidak semudah yang disangka. Keputusan negatif yang sering diterima selepas berkali-kali mencuba tidak semestinya bermaksud anda tidak subur. Untuk meningkatkan peluang hamil, ikuti panduan berikut.

1. Hentikan Penggunaan Kaedah Perancang Keluarga
Apabila anda bersedia untuk hamil, hentikan penggunaan apa jua kaedah perancang keluarga yang sedang digunakan. Tidak kiralah sama ada pil, suntikan, implan, IUCD ataupun yang lain-lain. Perlu anda ketahui, ada wanita yang berupaya untuk hamil sebaik sahaja berhenti menggunakan perancang keluarga. Namun, dalam keadaan tertentu, ada tubuh sesetengah wanita mengambil masa yang lama untuk memastikan hormonnya kembali normal. Kepada wanita yang memang membuat perancangan untuk hamil, anda dinasihatkan untuk mengambil Asid Folik seperti yang terdapat di dalam B-Complex Shaklee yang menggabungkan kesemua Vitamin B yang hebat.




2. Buang Tabiat Buruk
Sebaik sahaja memutuskan untuk hamil, itulah masa yang terbaik untuk anda dan suami menghentikan tabiat suka merokok mahupun minum alkohol. Ini kerana rokok dan alkohol mengurangkan peluang anda berdua menimang cahaya mata. Malah jika hamil sekalipun, ia akan meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran kurang berat badan.

Untuk suami yang memilih untuk berhenti merokok, anda dicadangkan untuk mengambil suplemen Vivix Shaklee dan Vitamin C, Shaklee.




3. Nikmati Kepuasan
Ada sesetengah pakar berpendapat, kepuasan yang anda kecapi sewaktu bersama suami akan meningkatkan peluang kehamilan. Jadi, lupakan hal yang lain. Tumpukan perhatian anda sewaktu berasmara dengan suami. Nikmatilah keseronokan itu sepuas-puasnya.

4. Masa Yang Sesuai
Ketahui hari subur anda. Itulah kunci utama kejayaan untuk hamil. Tanpa mengetahui hari subur yang sepatutnya, peluang untuk sperma dan telur bersenyawa akan menemui jalan buntu. Apa lagi! Kiralah hari subur anda. Namun, untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat anda bolehlah dapatkan kit ovulasi di farmasi berdekatan.

5. Berat Badan Sihat
Wanita yang memiliki berat badan kurang (kurang daripada BMI: 20) ataupun lebih berat badan (melebihi BMI: 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Untuk mudah hamil, anda disarankan menjadikan senaman sebagai amalan harian. Lagipun, jika berat badan anda ideal, lebih mudahlah anda kembali langsing selepas melahirkan nanti.

6. Relaks
Sama ada tertekan atau mengalami kemurungan, kedua-duanya menyukarkan anda hamil. Jika anda beranggapan kesukaran hamil berpunca daripada masalah ini, lapangkanlah fikiran. Dapatkan bantuan daripada orang-orang tertentu jika masalah anda itu terlalu berat.

7. Kurangkan Kafein
Penggemar kafein! Anda perlu kurangkan pengambilan minuman jenis ini. Jika dahulu anda minum sehingga tiga cawan sehari atau lebih, kini jadikannya hanya satu cawan. Kafein berlebihan menyukarkan anda hamil. Selain itu, zat besi sukar diserap sehingga boleh meningkatkan risiko anda menghidap anemia jika berjaya hamil kelak.

8. Sperma Sihat
Untuk mendapatkan sperma yang sihat, anda dan suami perlu sama-sama berganding bahu mewujudkan persekitaran mesra sperma. Jadi, elakkan penggunaan penyembur vagina, tampon dan apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma.

Ini dapat dibantu oleh CoQHealth & Vitamin E, Shaklee... Menurut Dr. Zubaidi bin Hj. Ahmad, kandungan CoQ10 (terdapat di dalam suplemen Shaklee, CoQHealth) dapat membantu meningkatkan kualiti sperma. Manakala fungsi Vitamin E pula adalah vitamin kesuburan untuk lelaki. Vitamin E atau juga dikenali dengan nama Vitamin Cinta diperlukan oleh lelaki maskulin untuk meningkatkan kesuburan.  Satu kajian telah dilakukan pada tahun 1922 menunjukkan bahawa tikus yang diberi diet TANPA Vitamin E menjadi tidak subur dan tidak dapat membiak. Namun, sebaik sahaja mereka telah diberikan minyak gandum (kaya dengan vitamin E) sebagai sebahagian daripada diet mereka, masalah kesuburan tikus tersebut dapat dipulihkan.
Read more http://www.celikvitamin.com/v2/tips-vitamin-kesuburan-untuk-lelaki/



sumber

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 


Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran keahlian, saya sedia membantu.. Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe

No comments:

Post a Comment