Sembelit dan Bayi Anda


Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan walaupun mungkin ia menjadi masalah kepada bayi yang lebih berusia apabila dia mula makan makanan pejal

Bayi-bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar beberapa kali sehari dalam beberapa minggu pertama dan kemudian hanya satu atau dua kali sepanjang minggu. Walaupun najisnya lembut atau cair, kadang-kala semua bayi perlu meneran untuk mengeluarkannya. Malah, anda akan sedar akan kerut dan dengus bayi anda apabila dia sedang membuang air besar. 

Bayi-bayi yang diberikan susu formula akan membuang air besar sekali sehari, walaupun sesetengahnya mungkin akan membuang air besar sekali dalam setiap tiga atau empat hari. Ini bukanlah perkara yang tidak normal, kecuali jika najisnya keras dan berketul-ketul. Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut, yang akan melambatkan pengeluarannya dan semakin lama ia di situ, ia akan menjadi lebih keras dan kering. 

Sebelum mengesyaki sembelit, anda perlu mengenali simptom-simptom yang tercatat di bawah dan anda harus faham bahawa bayi, sama seperti orang dewasa, akan mempunyai pola membuang air besar yang bertukar-tukar. 


Apakah simptom-simptom sembelit?


Bagi bayi yang berusia kurang dari tiga bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula

Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit. 

Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah: 

  • meragam, sakit abdomen dan gastrik;
  • abdomen yang keras;
  • sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar;
  • najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras;
  • najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.


Kenapakah sembelit berlaku?

Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan, anda mesti membawanya untuk pemeriksaan; mulanya, doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur. 

Bagaimanakah saya boleh merawatnya?


Anda perlu bertanya dengan pakar pediatrik anda sebelum mencuba apa-apa untuk melegakan keadaan bayi anda. Anda akan diminta membawanya untuk pemeriksaan. 

Bagi bayi yang lebih berusia yang makan makanan pejal, tanya doktor anda sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prun yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus prun. 

Sesetengah pakar menyarankan supaya menambah satu sudu teh bijian bran ke dalam bijiran bayi anda untuk menambahkan serat, tetapi jangan terlebih tambah. Cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi dengan sedikit-sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat secukupnya dan juga mendapat minuman air yang banyak, termasuk air kosong. 

Cara-cara berikut juga boleh membantu: 

  • Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.
  • Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.


Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal sebab badan mereka baru belajar bagaimana menguruskan makanan baru. Dengan perhatian anda dan rawatan yang baik, lama-kelamaan, dia akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap. 



Antara cadangan untuk mengatasi masalah sembelit ke atas bayi ialah dengan mengambil suplemen yang sedikit sebanyak dapat membantu masalah ini.. MEAL SHAKES daripada Shaklee dapat menyelesaikan masalah sembelit. Antara khasiat-khasiat Meal Shakes adalah:


  • Membantu Menambah SELERA MAKAN
  • Membantu mengatasi masalah SEMBELIT
  • Mengatasi masalah TIDAK SUKA VITAMIN / PIL
  • Merawat penyakit ASMA
  • Menguatkan daya tahan badan bagi yang MUDAH DEMAM, SELSEMA DAN BATUK
  • Merawat EKZEMA / MASALAH KULIT

Cara pengambilan Meal ShakesSetengah sudu teh sehari untuk kanak-kanak setahun ke 3tahun. Selepas 3 tahun boleh bagi satu sudu teh sehari. Dibancuh ke dalam minuman mereka. Jangan guna air panas mendidih. Beri anak minum air yang banyak untuk elak sembelit. Dewasa: Sehari tidak lebih 4 sudu besar. Sekali bancuh 1-2 sudu besar bancuh bersama minuman kegemaran/ESP/PD

Untuk maklumat lanjut, anda boleh je hubungi saya: 
 Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe

No comments:

Post a Comment