Anda Darah Rendah?

APA ITU TEKANAN DARAH RENDAH?

Darah rendah itu adalah tekanan darah setiap orang dikawal sistem tersendiri yang membabitkan kawalan utama di otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah menyebabkan situasi yang stabil membolehkan aliran darah yang berpatutan ke organ dalam badan. Tekanan darah yang normal ialah lebih kurang 90-120 mmHg pada tahap sistolik dan diastoliknya ialah antara 60-80 mmHg. Ada orang yang mempunyai tekanan darah 90/50 dan tidak mengalami masalah kerana ini adalah keadaan normal untuknya.

Jika tekanan darah rendah, darah tidak dapat dipam ke organ badan dengan efektif. Sebagai contoh, jika tekanan darah tidak sampai ke otak dengan secukupnya, otak tidak menerima oksigen dan nutrien yang ia kehendaki menyebabkan seseorang itu terasa pening, melayang dan hendak pitam. Ini sering dialami bila seseorang itu bangun dari duduk atau baring kerana kebanyakan darah berkumpul di bahagian bawah badan. Kebiasaannya, badan akan terus menyesuaikan keadaan ini sehingga kita tidak akan merasai apa-apa perbezaan. Tetapi seseorang yang sudah rendah tekanan darah tidak dapat memberi respons yang sepatutnya dan akan mengalami simtom yang tersebut diatas.

Antara penyebab tekanan darah yang rendah termasuk kekurangan volum darah, iaitu jumlah cecair mengalir dalam saluran darah yang boleh terjadi seperti dalam kes trauma atau perdarahan tidak terkawal ketika pembedahan, dehidrasi yang akan mengurangkan kandungan cecair dalam badan boleh berlaku dalam kes muntah yang teruk, cirit-birit atau demam tinggi. Masalah jantung seperti kadar jantung yang rendah atau terlalu cepat, otot-otot jantung yang lemah boleh menurunkan tekanan darah.

Jika apa yang anda alami rasa pening atau hendak pitam bila bertukar kedudukan seperti penjelasan di atas dan tidak mengalami apa-apa masalah yang lain, anda mempunyai keadaan yang dipanggil tekanan darah rendah ortostatik ('orthostatic hypotension' atau ia juga dikenali sebagai 'postural hypotension'). Keadaan tidak ada rawatan kerana tekanan darah akan pulih bila anda duduk atau baring kembali. Cuma anda harus berhati-hati - jangan bangun dengan cepat, lakukan ia dengan perlahan-lahan supaya badan dapat menyesuaikan tekanan darah kepada posisi yang baru.

Bagaimanapun anda perlu mendapatkan pendapat pakar untuk meneliti simptom dengan keseluruhannya, kerana ada juga masalah lain seperti ketumbuhan atau penyakit di otak yang boleh menyebabkan simptom sama.

Walaubagaimanapun, anda boleh mencari jalan alternatif dengan mendapatkan suplemen khas untuk masalah tekanan darah rendah yang anda hadapi. Ada juga yang berpendapat bahawa pesakit darah rendah mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding pesakit darah tinggi. Jika anda tergolong di dalam kumpulan pesakit ini, jangan ambil ringan.. carilah jalan penyelesaian.

Shaklee ada cadangan suplemen khas untuk pesakit tekanan darah rendah.. Anda tak perlu rasa ragu-ragu untuk menghubungi saya seperti keterangan di bawah sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau ada soalan yang ingin ditanya mengenai cadangan suplemen ini...


Silalah hubungi saya untuk info lanjut...

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan nak tahu cara nak beli? Hubungi saya untuk info lanjut dan konsultasi percuma... 

Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe 

TIADA GUNA KEKAYAAN JIKA KITA TAK SIHAT 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

No comments:

Post a Comment