Nafsu Anda Sudah Merudum?



Entri kali ini agak macam best jugak sebab sebenarnya ramai yang menghadapi situasi nafsu merudum. Dah tak macam Malam Pertama... selalunya yang saya dok tengok, bagi pasangan yang berkahwin melebihi 5 tahun mengalami penurunan nafsu berahi. Kenapa agaknya ya? Sebelum tu saya minta maaf sekiranya topik ini dibincangkan secara terbuka. Sebenarnya kita perlu baiki demi kebahagian suami isteri... jangan lah disebabkan hal kecil ini boleh menyebabkan kehancuran rumahtangga.

Hampir 10 minit melakukan pemanasan namun anda masih lagi belum berasa terangsang untuk bersama suami. Semua tempat sensitive yang ada pada tubuh sudah disentuh tapi perasaan ghairah itu masih belum ada. Ini bukan kali pertama anda berhadapan dengan masalah ini. Sebelum ini suami telah mencuba pelbagai teknik tetapi nafsu seks anda tetap juga tidak terbit. Hati anda seakan tidak punya keinginan langsung melakukan seks.
Jika ini yang anda hadapi, maka ada kemungkinan anda berhadapan dengan masalah frigiditas atau singkatannya frigid. Tahukah anda apa itu frigid? Ada wanita yang tidak tahu diri menghidapinya. Frigid adalah gangguan disfungsi seksual yang berlaku kepada wanita. Ia bukan penyakit seksual yang berjangkit dan boleh disembuhkan. Ia satu keadaan seseorang wanita tidak dapat menikmati rangsangan seksual yang diberikan. Ia bukan saja boleh dialami oleh wanita semata-mata malah lelaki juga turut boleh mengalaminya, cuma dalam bentuk yang berbeza seperti disfungsi ereksi. Masalah ini boleh berlaku pada usia berapa sekalipun. Mereka yang baru berkahwin juga boleh mengalaminya, begitu juga wanita yang sudah berpuluh tahun berumahtangga. Punca kepada masalah ini juga sebenarnya banyak, termasuklah gangguan hormon dan juga gangguan fizikal.


Gangguan Hormon dan Fizikal
Frigid boleh berlaku apabila hormon seseorang wanita tidak stabil misalnya setelah melahirkan anak atau memasuki fasa menopaus. Gangguan hormon juga boleh berlaku semasa seorang wanita menyusui bayi, ia boleh menyebabkan penurunan kadar estrogen yang seterusnya mempengaruhi jaringan vagina dan respons seks. Vagina akan menjadi lebih nipis dan pelincir berkurangan, sensitiviti payudara dan bahagian genital termasuklah klitoris menjadi tidak peka.

Vagina yang kering akan menyebabkan seseorang wanita itu berasa sakit semasa melakukan hubungan seks. Bahkan ia boleh terluka akibat gesekan malah boleh menyebabkan jangkitan. Bagi gangguan fizikal, puncanya termasuklah seperti arthritis atau radang sendiri dan infeksi kepada saluran kencing. Ia juga boleh terjadi akibat daripada penggunaan ubat-ubatan tertentu antaranya ubat anti kemurungan, anti hipertensi atau ubat pasca kemoterapi. Selain itu jangan ambil mudah juga gejala seperti sakit kepala atau tubuh yang kerap keletihan. Perkara seperti ini juga boleh menyebabkan nafsu seks mula menurun.
Penyebab Lain

Walaupun tiada masalah dari segi kesihatan namun itu belum bererti seseorang wanita itu bebas dari ancaman frigid. Faktor psikologi dan persekitaran juga boleh mempengaruhi seseorang mengalaminya. Semasa emosi sedang tidak stabil, kerisauan atau kemurungan yang berlebihan, frigid boleh muncul. Sama juga sekiranya anda sedang berhadapan dengan konflik perasaan atau berasa tidak puas hati terhadap sikap pasangan, respons seksual secara automatik akan berkurang.

Pernah dengar tentang istilah Erotophobia? Ia adalah salah satu penyebab frigid, yang mana seseorang itu takut untuk melakukan hubungan seksual. Penyebabnya, rasa cemas kerana takut sakit, bosan atau berasa bersalah untuk melakukan hubungan seks. Cuba imbas masa lalu, kerana jawapan kepada masalah ini mungkin ada di situ. Mungkin ada kalangan wanita yang trauma akibat keganasan seksual ataupun dirogol.


Agar ranjang tidak terus dingin
Bagi memastikan hubungan di ranjang tidak terus dingin anda mungkin boleh cuba tips di bawah ini.

1. Saling terbuka dan jujur tentang masalah seks dengan pasangan. Sekiranya tidak puas, utarakan terus terang, cara ini anda dan pasangan boleh memperbaiki diri.
2. Amalkan gaya hidup sihat. Elakkan dari alkohol, dadah maupun rokok. Jangan lupa bersenam.
3. Lakukan senaman Kegel untuk mengatasi masalah sukar orgasme.
4. Panjangkan waktu pemanasan, kalau biasa melakukannya hanya tempoh 2minit, cuba selama 15 minit pula.
5. Sekiranya vagina terasa kering, gunakan pelincir tambahan yang boleh didapati di farmasi.
6. Sekiranya semua cara di atas masih belum menampakkan hasil, dapatkan bantuan daripada pakar. Ada kes disfungsi seksual yang boleh diatasi dengan pengambilan ubat atau terapi.

Sebenarnya Shaklee ada cadangan bag meningkatkan semula nafsu antara suami dan isteri....


Jangan malu untuk menghubungi saya bagi mendapatkan info lanjut mengenai suplemen ini..

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat dan nak tahu cara nak beli? Hubungi saya untuk info lanjut dan konsultasi percuma... 
Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe 

TIADA GUNA KEKAYAAN JIKA KITA TAK SIHAT 

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG!


ATAU


BOLEH JE PM SAYA TERUS UNTUK PEMBELIAN ATAU KLIK LINK "SAYA NAK BELI SEKARANG" DIBAWAH UNTUK BELI TERUS SECARA ONLINE MENGGUNAKAN DEBIT ATAU CREDIT CARD:





 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

No comments:

Post a Comment