Wanita dicipta oleh Allah SWT dengan keistimewaan di mana dalam anggota badannya mempunyai rahim yang berfungsi untuk membolehkan mengandung dan melahirkan bayi. Semasa proses kehamilan, saiz rahim wanita akan mengembang mengikut tumbesaran saiz bayi.
Tahukah anda bagaimana kisah perubahan saiz rahim anda sebelum dan selepas mengandung? Rahim wanita boleh diumpamakan seperti belon selepas kehilangan udara apabila sudah melahirkan bayi. Rahim akan mengecil dengan pantas dan mengecut kembali kepada saiz dan posisinya yang normal.
Semasa proses kelahiran, ada wanita yang perlu melalui proses guntingan episiotomi yang dijahit semula untuk membaiki luka akibat guntingan. Luka pada rahim ketika hamil terpisah ketika bayi dilahirkan. Ini menyebabkan sebahagian besar dinding rahim menjadi luka parah.
Oleh sebab itulah wanita selepas melahirkan anak kerap diingatkan tentang penjagaan khusus untuk rahim sama ada dari segi pemakanan mahupun pergerakan fizikal bagi mendapatkan semula rahim yang sihat dan kuat.
Makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin perlu dimakan selepas bersalin. Ambil makanan atau minuman seperti nasi atau susu (rendah lemak) dan keju (perlu dielakkan oleh penghidap hipertensi, buah pinggang, hiperkolesterolemia dan gangguan pembuluh darah).
Pengambilan susu perlu diseimbangkan dengan pengambilan makanan kaya magnesium dan kalsium yang terdapat dalam sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam, brokoli, epal, tauhu dan tempe.
Banyakkan juga pengambilan makanan bersumber vitamin C terutama buah-buahan segar yang dapat mempercepatkan keberkesanan penyerapan kalsium atau pun magnesium.
Kekacang juga turut menyumbang vitamin B kompleks yang berperanan dalam pemulihan tenaga, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, memperbaiki sistem reproduksi serta mengaktifkan hormon kelamin. Vitamin B kompleks terdapat dalam roti, kentang, sayuran berdaun hijau, ikan, hati, susu dan telur.
sumber: pa&ma
Jadi, untuk wanita moden yang memang sentiasa mempunyai masa yang terhad, saya cadangkan puan ambil Vitamin C Shaklee, Vitamin B Complex dan ESP yang kaya dengan khasiat semulajadi.
KLIK LINK DIBAWAH UNTUK MENDAPATKAN SUPPLEMEN UNTUK RAHIM SIHAT TERUS SECARA ONLINE MENGGUNAKAN DEBIT ATAU CREDIT CARD:
Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG!
- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. -
Berminat dan nak tahu cara nak beli? Hubungi saya untuk info lanjut dan konsultasi percuma...
Email: wnyshoppe@gmail.com
H/P no: 019 4166909
ID Shaklee: 931108
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe
No comments:
Post a Comment