PETUA MENJAGA KESIHATAN SUPAYA SENTIASA SIHAT DAN BERTENAGA

Assalamualaikum, selamat hari raya!! Rasanya belum terlambat lagi.. nak nak pulak hari ni baru hari raya ketiga. Dua hari raya lepas saya memang sibuk sangat sampai demam. Anak-anak semua kena selsema. Tapi mujurlah antibodi diaorang kuat.. so tak la kena banyak hari. Kejap ja dah sembuh. Macam mana dengan sambutan hari raya anda? Haa.. raya raya jugak.. tapi bab makan jangan terlajak u ols... bukan apa.. naya tau kalau kita jadi lupa diri di hari raya ni.

So, untuk entri kali ni saya nak kongsi sedikit tips supaya u ols boleh amalkan sepanjang menghadiri rumah terbuka kawan-kawan atau saudara mara. 

Di bawah ada 8 cara menjaga kesihatan supaya kita sentiasa dalam keadaan berat badan yang seimbang dan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bertenaga. Insyallah.
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, badan akan terkejut. Badan akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN 
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara inimenyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI 
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS 
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. Keadaan ini akan menjejaskan kesihatan kita kerana ia mengandungi jumlah kaoli yang tinggi.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM 
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI 
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN 
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe 

TIADA GUNA KEKAYAAN JIKA KITA TAK SIHAT 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

No comments:

Post a Comment