Pejam celik pejam celik kita dah pun berada di tarikh 17 Ramadhan kan? Istimewanya tarikh 17 Ramadhan ni adalah hari ni merupakan hari Nuzul Quran di mana Al-Quran telah diturukan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap
Kesimpulan Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

Artikel Kedua
Allah
SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang
membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan
segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati
dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah.
.
Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi
makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya.
Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. melalui
perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi
lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Al-Quran dinukilkan kepada kita secara
mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang hari ini lebih
dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi umat Islam mengkaji
sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya.
.
.
NUZUL AL QURAN ( 24 RAMADHAN )
.
Peristiwa agung dan istimewa dalam
sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang
berlaku pada 24 Ramadhan. Ia juga disebut Allah sebagai malam yang
diberkati (lailatin mubarakah).
Firman Allah SWT.:- “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-Dukhan ayat 3).
- “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr, ayat 1).
- “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
‘Malam yang berkat’ yang
dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh
dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan
seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat
pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu
untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri.
Ketiga2 ayat ini menunjukkan penurunan
berlaku pada bulan Ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada
malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang
menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.
.
.
MAKNA NUZUL AL QURAN
.
Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran
dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam
pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan
dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), dan “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3).
.
‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. ‘Al-Quran’ pula
bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh
manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai
perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat,
sains, teknologi dan sebagainya.
.
Kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara
pun yang terlepas atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain
perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
وَمَا مِن دَابَّةٍ
فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ
أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ
رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ ﴿٣٨﴾
Dan
tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun
burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat
seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran
ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka
(untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
.
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa,
nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan
al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya
yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang
hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
.
.
TARIKH SEBENAR NUZUL AL-QURAN
.
Secara tradisinya umat Islam di Malaysia
memperingati dan menyambut peristiwa Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan,
yang sepatutnya dibuat sambutan pada setiap 24 Ramadhan.
.
Peristiwa Nuzul Al-Quran yang dikatakan
berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan
Nabi Muhammad SAW., bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M, ketika
baginda sedang beribadat di Gua Hira. Namun sesungguhnya pendapat yang lebih tepat tentang turunnya al-Quran ialah pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan bersamaan 13 Ogos 610 M.
.
Pendapat yang mengatakan berlakunya pada 17 Ramdhan adalah berdasarkan ayat ke 41 dari Surah Al-Anfaal. Surah ini hanyalah difokuskan kepada perisytiwa perang Badar bukannya al-Quran. Firman Allah dalam ayat ke 41 surah al-Anfal itu:
إِن كُنتُمْ آمَنتُم
بِاللَّـهِ وَمَا أَنزَلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا يَوْمَ الْفُرْقَانِ يَوْمَ
الْتَقَى الْجَمْعَانِ ۗ وَاللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿٤١﴾
“…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad SAW) pada hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…” (8 : 41)
Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
.
Menurut riwayat dari Ibn Abbas, ayat
tersebut hanya penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan
perang seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut.
“ Ketahuilah sesungguhnya apa saja
yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya
seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak
yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam
perjalanan)…”.
.
Justeru tarikh yang lebih tepat tentang Nuzul al-Quran adalah pada 24 Ramadhan kerana ia berdasarkan ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan yang telah dihuraikan di atas.
.
.
.
PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
.
Para ulama menyatakan penurunan al-Quran
berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, Dan berperingkat. Walau
bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya
penurunan al-Quran secara sekaligus. Terdapat tiga pandangan mengenai
hal ini, iaitu;
Pertama, Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;
Kedua, Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan
Ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.
.
Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if
Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan
al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari
al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada
Rasulullah SAW melalui Jibril a.s.
.
1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .
“(Sebenarnya
apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir),
bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang
terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)
.
.
2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia
Penurunan kali kedua secara sekali Gus
dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai
berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;
.
Allah SWT berfirman, dalam al-Baqarah, ayat 185:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ
الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ
عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ
الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ
وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“(Masa
yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan)
perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari
antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya),
maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam
musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa)
sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan
ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan
dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu
cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan
Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.”
.
Firman Allah SWT, dalam ad-Dukhan, ayat 3:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
“Sesungguhnya
Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami
berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan
dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).”
.
Firman Allah SWT dalam al-Qadr, ayat 1:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.”
.
Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa
yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekali gus
pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin
‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan
ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.
.
Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan
perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang
mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan
Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan
(Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan
Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’
al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada
malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada
Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”
.
.
3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah SAW
Menurut sebuah riwayat oleh Ibn Abbas dan pandangan majoriti para mufassirin, Al-Quran diturunkan sekaligus ke ‘Baitul Izzah’di langit ke dunia pada malam ‘Lailatul Qadar’.
Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah
sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
.
Al-Quran mula diturunkan kepada
Rasulullah SAW secara beransur-ansur sejak baginda dilantik menjadi
Rasulullah SAW dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam
tempoh masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah
dan 10 tahun di Madinah al-Munawwarah. Ayat-ayat dan surah-surah yang
diturunkan sebelum peristiwa hijrah dikenali sebagai Makkiyah dan yang
diturunkan selepas peristiwa hijrah dikenali sebagai Madaniyyah .
.
Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi
Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke
akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran
disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan
kepada Rasulullah SAW dalam masa 20 tahun. Pandangan ini dipegang kuat
oleh al-Mawardi.
.
RasululLah SAW bersabda: “Al-Quran
diturunkan sekali gus oleh Allah ke langit dunia pada malam al-Qadr
kemudian ia diturunkan secara berperingkat dalam masa 20 tahun” (Hadis riwayat Ibn Abbas.)
Sebahagian ulama berpendapat penurunan
al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada
Rasulullah SAW melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali
dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah dan kepada
Rasulullah SAW.
Email: wnyshoppe@gmail.com
H/P no: 019 4166909
ID Shaklee: 931108
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe
No comments:
Post a Comment