RAWAT PUNDI HEMPEDU


Pundi hempedu adalah organ kecil berhampiran dengan hati yang berperanan mencernakan makanan. Ia mengandungi bendalir penghadaman dikenali sebagai hempedu, yang disalurkan ke dalam usus kecil untuk membantu penghadaman kita.
Keradangan pundi hempedu juga dikenali sebagai Cholecystitis, dan disebabkan oleh batu karang. Batu karang akibat ketidakseimbangan dalam bahan-bahan seperti hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain, ataupun disebabkan oleh ketidakupayaan pundi hempedu untuk mengosongkan pundi dengan betul. Batu karang kemudiannya menghalang tiub yang membawa hempedu daripada pundi hempedu, dan seterusnya menyebabkan sakit perut seperti yang anda alami. Cholecystitis juga mungkin disebabkan oleh masalah atau ketumbuhan pada salur tersebut.

Lain-lain aduan lazim tentang Cholecystitis termasuklah loya dan muntah-muntah. Ada juga yang mungkin mengalami demam, sakit teruk semasa menarik nafas yang dalam, serta kesakitan selama lebih daripada 8 jam, terutama selepas setiap hidangan.
Anda boleh merawat keradangan pundi hempedu dengan membuang batu karang tesebut, yang boleh dilakukan dengan menggunakan sejenis asid hempedu. Asid hempedu ini dipanggil asid ursodeoxycholic (ursodiol), dan digunakan untuk membantu melarutkan batu karang kolesterol dan mengurangkan gejala-gejala masalah ini. Bagaimanapun, rawatan ini hanya digunakan jika tiada tanda-tanda jangkitan seperti demam dan mengigil. Jika ianya disyaki sebagai jangkitan, antibiotik akan diberi terlebih dahulu.


Membuang pundi hempedu melalui pembedahan biasanya dicadangkan oleh pakar perubatan, apatah lagi jika anda kerap mengalami keradangan pundi hempedu. Pembedahan ini dikenali sebagai Cholecystectomy, yang menggunakan sama ada Laparoskopi (beberapa luka kecil), atau Laparotomy (pembedahan terbuka dengan insisi yang lebih besar) untuk membuang pundi hempedu.
Tanpa rawatan yang sepatutnya akan membawa kepada Cholecystitis jangka panjang atau kronik, yang berlaku apabila pundi hempedu masih bengkak dalam jangka masa panjang, menyebabkan dinding pundi hempedu untuk menjadi tebal dan keras.




Artikel Penuh: Utusan 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sekarang pengidap masalah pundi hempedu tidak perlu bimbang kerana Shaklee mempunyai set khas untuk masalah ini.



- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 
Berminat dan nak tahu cara nak beli? Hubungi saya untuk info lanjut dan konsultasi percuma...

Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 019 4166909 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://wnyshoppelgk.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/wnyshoppe 
TIADA GUNA KEKAYAAN JIKA KITA TAK SIHAT

BOLEH JE PM SAYA TERUS UNTUK PEMBELIAN ATAU KLIK LINK DIBAWAH UNTUK MENDAPATKAN SET INI TERUS SECARA ONLINE MENGGUNAKAN DEBIT ATAU CREDIT CARD:



Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG! 

No comments:

Post a Comment