Jauh Berjalan Luas Pandangan

Assalamualaikum wahai pembaca budiman,

Maafkan diri kakcik sebab terlalu lama bersembunyi daripada dunia maya ini... Yang pertama sebab terlalu sibuk dengan tugasan harian... Yang kedua kami sekeluarga keluar bercuti di perantauan... Fuhh... satu pengalaman yang takkan kakcik lupakan...

Siapa yang tak pernah dengar tentang Kota Jakarta kan? Kakcik yakin semua orang tahu itu. Waktu di sana, kami dibawa berjalan-jalan ke Taman Mini Jakarta, Ancol, Tanah Abang, Puncak... Ya, kami berpeluang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di sana bersama sanak saudara sebelah ayah mertua kakcik. Berbeza sangat sambutan di Jakarta berbanding di Malaysia... Kalau di negara kita makan utama hari raya mestilah ketupat kan? Di sana kami dihidangkan dengan tapai, nasi beriyani dan kek... Bersolat pulak di Masjid Istiqlal yang tingginya sampai 6 tingkat... Subhanallah... Di Jakarta ini, solatnya dibuat sebanyak 2 kali. Hari yg pertama untuk mereka yg berpuasa wukuf.. Solat yg kedua pulak utk sambutan hari raya aidiladha.


Di sebalik kemeriahan sambutan Hari Raya, kakcik nak selit pasal keadaan kehidupan rakyat Jakarta. Kita rakyat malaysia patut bersyukur sbb banyak kemudahan yang menyenangkan kita telah disediakan oleh kerajaan Malaysia...
Kakcik insaf bila lihat rata2 keadaan rakyat Jakarta.. Yg setiap hari berusaha utk mencari sesuap nasi.. Mereka tidak segan silu menghampiri mobil atau kereta utk menjual apa saja yg boleh dpt keuntungan.. Ada anak2 kecil yg meminta sedekah.. Ini namanya pereman..
Tapi tak kurang juga dgn yg kaya.. Mmg tabik spring bila tengok rumah mereka yg tersergam indah.. Kosnya mencecah hingga RM3 juta.. Itu baru saiz sederhana.. Rumah 4 bilik..

Yg tinggal di tepi landasan keretapi pulak tak ada perasaan takut.. Anak2 kecil bermain2 di tepi landasan.. Org ramai juga lalu lintas dgn tidak ada penghadang atau sebarang tanda amaran.. Ada juga bapak berjalan2 dgn anak di tepi landasan keretapi.. Kalau di Malaysia memang hangus... Pekerja awam pun masa tu jugak lah buat kerja memperbaiki landasan keretapi... MashaAllah... Kakcik tanya saudara dia bilang mereka ini emang suda biasa sedari kecil... Ada jugak yg meninggal dek kecelakaan tapi tak boleh buat apa2... Sebab nak buat rumah kat mana lagi sebab sini keadaannya memang padat!
Yang menunggang motor memang F1 habis.. Selit menyelit.. Bila tergesel dgn mobil, itu perkara biasa dong...
Apa2 pun kakcik respect dgn cara parents di sini berkomunikasi dgn anak2.. Lemah lembut ja tutur bicara.. Waduuhhh..  Memang malu alah la...
Itulah antara coretan yang boleh kakcik kongsi kat sini untuk bacaan uols... Kat bawah ni antara koleksi gambar-gambar kenangan waktu kakcik di Jakarta...















- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. - 

Berminat nak sertai keluarga AMAZING kami? Hubungi saya untuk info lanjut dan konsultasi percuma... 

Email: wnyshoppe@gmail.com 
H/P no: 013 4006006 
ID Shaklee: 931108 
Blog: http://yanieroses.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/yanieroses 

TIADA GUNA KEKAYAAN JIKA KITA TAK SIHAT 

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! ANDA AKAN MENDAPAT KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN DI BAWAH SETELAH ANDA MENDAFTAR DENGAN KAMI: 

~ ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK 
~ ANDA AKAN DIBEKALKAN DENGAN JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN 
~ ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP SOKONGAN TELEGRAM 
~ ANDA AKAN DIBERIKAN KONSULTASI PERCUMA SECARA BERTERUSAN 
~ ANDA AKAN DIBIMBING DAN DIBERI TIPS-TIPS EKSKLUSIF BERKAITAN SET YANG DIBELI

No comments:

Post a Comment